Powered By Blogger

Sunday 28 September 2014

Terokai Keindahan Cameron Highland




Pahang-“sejuknya”. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan oleh pelajar-pelajar USIM apabila tiba di Cameron Highland. Suasananya yang selesa dengan  udara yang nyaman serta dingin pastinya dapat menarik sesiapa sahaja  untuk berkunjung ke situ.
Kunjungan pelajar USIM  ke Cameron Highland yang dianjurkan oleh pelajar tahun dua Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM) pada 9 dan 10 mei lepas bertujuan untuk membawa pelajar mengenali tempat-tempat menarik yang ada disana disamping menghilangkan tekanan semasa belajar.
Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi mereka ialah beefarm, Ladang Teh Boh, Big Red Strawberry Farm serta Pasar Malam Cameron. Kunjungan selama dua hari satu malam itu banyak memberi manfaat serta kenangan buat mereka.
Menurut salah seorang pelajar tahun empat perakaunan yang dikenali sebagai ikram, dia sangat teruja apabila sampai di Cameron highland kerana keindahan alam yang ada disana. “saya seronok sangat apabila sampai disini kerana udaranya yang nyaman serta dingin, saya juga tidak lupa untuk membawa kakak dan abang saya berkunjung ke sini untuk bersiar-siar serta menikmati keindahan yang ada bersama”. Tambahnya, “tempat peranginan sebegini lagi menyeronokkan apabila dapat dinikmati bersama keluarga kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan disamping melakukan aktiviti riadah bersama-sama” katanya.

Namun berbeza pula bagi Munirah, pelajar tahun dua perkaunan, dia tidak merasakan kedinginan seperti yang dia pernah kunjungi dua tahun lepas ke tempat tersebut kerana banyak perbezaan yang berlaku. “ ini adalah kali kedua saya berkunjung ke sini, banyak perbezaan yang saya lihat seperti banyak tempat yang baru dibuka. Tahap kesejukan juga sudah berubah dan tidak sesejuk seperti mula-mula saya datang yang dulu”.Tambahnya, “mungkin faktor suhu yang agak panas pada masa sekarang yang menyebabkan iklim di tanah tinggi ini berubah” katanya sambil tersenyum. Namun, dia mengatakan masih lagi merasakan keseronokan apabila berada disitu.

No comments:

Post a Comment