Powered By Blogger

Sunday 28 September 2014

Erat Jalinan Melalui Aktiviti berfaedah



Port Dickson- Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) memilih Pantai Saujana, Port Dickson sebagai lokasi bersempena dengan program ‘Family Day’ yang diadakan baru-baru ini. Seramai 100 orang pelajar tahun tiga dari fakulti tersebut telah menghadirkan diri untuk menjayakan program itu.
     Menurut pengarah program Husaini Mahmur, program itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama pelajar disamping melakukan aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Tambahnya, aktiviti yang mereka lakukan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kumpulan. Sesudah sampai disana, mereka memulakan dengan aktiviti senaman regangan sebelum melakukan aktiviti yang mencabar.
       Program tersebut berlanjutan dari pagi sampai ke petang dan semestinya banyak pengisian yang mereka dapat semasa berada disitu. Menurut salah seorang peserta iaitu Atikah, “saya sangat teruja bila sampai di pantai Port Dickson ini kerana pantainya sangat cantik dengan pemandangannya yang indah di samping dapat melakukan aktiviti bersama kawan-kawan saya disini”,jelasnya.
          Pada sebelah petangnya pula, mereka melakukan aktiviti bebas seperti mandi-manda, jalan-jalan di tepi pantai serta menaiki ‘Banana bot’. Menurut Hidayah, peserta program tersebut, “saya seronok sangat apabila dapat menaiki ‘Banana bot’ kerana ini adalah pengalaman pertama saya menaiki bot yang panjang ini walaupun pada akhirnya terpaksa dijatuhkan ke dalam air, nasib baik ada jaket keselamatan” katanya.
       Menurut Miza pula, dia sangat seronok dapat bermain bola pantai walaupun dalam cuaca yang panas terik. “seronok dapat main bola pantai dengan kawan-kawan, airnya pun tidak dalam sangat, walaupun cuaca panas terik tapi kami tetap teruskan bermain sampai kami betul-betul puas hati”. Katanya sambil tertawa. 

No comments:

Post a Comment