Powered By Blogger

Sunday 28 September 2014

Permainan Video Game Terapi untuk Kanak-kanak

Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, banyak permainan yang  telah dikeluarkan oleh pakar-pakar pencipta video game yang mana mereka telah menghasilkan beribu-ribu jenis permainan yang berbeza-beza mengikut trend terkini. Golongan kanak-kanak khususnya sangat gemar bermain video game samaada di televisyen mahupun di hadapan laptop untuk mengisi masa terluang mereka. Tidak hairan juga ada di kalangan remaja sanggup berpusu-pusu ke siber kafe ataupaun pusat-pusat permaianan video. Kebanyakan ibu bapa seringkali memarahi anak-anak mereka jika terlalu menghabiskan masa untuk permainan tersebut kerana mereka tahu banyak kesan negatif yang akan timbul jika dibiarkan berlarutan. Namun,ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa permainan video game mampu menjadi terapi untuk anak-anak mereka.
Menurut kajian yang dilakukan oleh The University of Utah, permainan video game seperti lumba kereta dan sebagainya menjadi terapi kepada penyakit kronik yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti penyakit Parkinson, autisme dan depresi.Dengan bermain permainan tersebut,mereka dapat memperbaiki ketahanan fizikal serta mempunyai daya juang yang tinggi dalam melawan penyakit mereka jika dibandingkan dengan yang tidak bermain game.
Ramai yang mengatakan duduk terlalu lama dihadapan televisyen mampu merosakkan mata. Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa permainan video game juga mampu menjadi terapi untuk mata. Salah seorang pakar psikologi dari Perkembangan Visual Development Lab of Ontario’s McMaster University iaitu Dr.Dephen Maurer mengatakan orang yang menderita akibat katarak dapat meningkatkan penglihatan mereka dengan bermain permainan video game seperti game tembak-tembak, menyelesaikan puzzle serta cari benda tersembunyi kerana permainan tersebut memerlukan banyak perhatian serta ketelitian yang tinggi. Secara tidak langsung, ia dapat membantu menajamkan penglihatan kanak-kanak seawal usia lagi.
 Otak merupakan organ penting kepada manusia. Salah satu terapi untuk otak adalah dengan bermain game kerana ia dapat menghilangkan tekanan. Mungkin kanak-kanak kurang menghadapi tekanan kerana mereka masih lagi muda untuk menghadapi masalah. Namun,apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan menghadapi tekanan ketika belajar atau sebagainya. Kajian menunjukkan,golongan yang menghadapi masalah mental dapat menghindari penyakit tersebut dengan bermain game kerana ia dapat membantu menenangkan fikiran serta meningkatkan daya pemikiran mereka untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
 Permainan video game dapat memberi faedah kepada kanak-kanak. Namun, ibu bapa perlu bijak memilih jenis permainan untuk anak-anak mereka serta menghadkan masa untuk bermain agar anak-anak mereka tidak terus leka sehingga mengabaikan pelajaran dan tidak melakukan aktiviti yang sihat di luar.

No comments:

Post a Comment