Powered By Blogger

Sunday 28 September 2014

kucing paling garang

haa..ini dia wajah kucing paling garang..takotnye tgk..huhu but still comel :)



Maksud Hadiah Lelaki kpd Perempuan

hye..sy nk kongsikan sedikit informasi utk anda semua, benda ni sy cp dlm group whatsapp je, xtau la btul ke xkn..just nk share with u alls..sharing is caring kn..hehe so,gentleman kt luar sna betul ke maksud2 ni? huhu..Jom kita check it Out.

JAM TANGAN
*Tanda mengingati setiap masa dan waktu

CINCIN
*Tanda ikatan kasih yg abadi

GELANG
*Tanda mesra

RANTAI
*Ikatan kasih yang perlu perhatian

KASUT
*Sentiasa mengambil berat@perhatian

PAKAIAN@KAIN
*Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu

PAYUNG
*Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi

MINYAK WANGI
*Tanda cinta

BUKU
*Bersifat terbuka dan bertolak ansur

BUNGA
*Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKLAT
*Semanis cintamu

LAGU@CD@KAD UCAPAN
*Mengabadikan cinta dan kenangan

SEJADAH DAN AL-QURAN
*Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat

HANDPHONE
*Tandanya kau jangan lari dariku!! akan ku carimu walau dimana kau berada (melainkan handphone ditutup)

TEDDY BEAR
*Tandanya aku sentiasa ada dihatimu dan mengambil berat tentang dirimu

Tetapi hadiah yang paling di nantikan oleh setiap perempuan adalah...
MENIKAHINYA
*Tandanya dia serius dan betul-betul ikhlas mencintai :)















shoot video sambil bergambar d KLCC..hee











27 sep 2014 - sy bersama dgn kawan2 ke KLCC utk menyiapkan assigment yg lecturer kami bagi iaitu shoot video dokumentari dalam bahasa arab. Hmm..KLCC xbanyak berubah cuma ada sesetengah tempat yg menyukarkan kami untuk mengambil video, ad la sedikit pertelagahan kecil diantara staff ditempat tersebut dengan kawan sy ni..yela,mne xgeramnye, dlu elok je ambil video kt tempat mereka tp sekarang xboleh pulak, alasannya dulu dgn sekarang berbeza. tp xpe, kami ada inisiatif yg xdela jahat sgt, kira macam nk ambil jalan mudah, caranya adalah kami ambil video curi2..ngee..maklumlah, nk penuhkan masa selama 20minit tu bukannya sekejap, kalau kami xbuat macam tu alamaknye gambar kami jela yg penuh dalam video tu. huu.. yg tu cerita kat dalam Suria KLCC.. yg kt luarnye pulak, ada pembangunan baru nak bina kt situ, katanya nk buat bangunan yg lg tinggi dari KLCC..Mak aiii..brpa kaki ketinggian la agaknye ekk, banyak betol duit kerajaan ni..:p tp not bad la, zaman moden kn..tp yg jadi masalahnya, kami terpaksa pusing satu tapak pembinaan tu utk menuju ke masjid, jauh jugaklah perjalanan tu tp xmengapa, nk tunaikan yg wajib kn..penat jgk la jalan2 kt Suria KLCC ni, maklumlah, dh lama sangat kami xpergi ke sana..biasalah, student kn, bajet xcukup, jauh pulak tu..Overall, kami sangat happy n this is a great moments that i have with my group members..:)

Erat Jalinan Melalui Aktiviti berfaedah



Port Dickson- Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) memilih Pantai Saujana, Port Dickson sebagai lokasi bersempena dengan program ‘Family Day’ yang diadakan baru-baru ini. Seramai 100 orang pelajar tahun tiga dari fakulti tersebut telah menghadirkan diri untuk menjayakan program itu.
     Menurut pengarah program Husaini Mahmur, program itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama pelajar disamping melakukan aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Tambahnya, aktiviti yang mereka lakukan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kumpulan. Sesudah sampai disana, mereka memulakan dengan aktiviti senaman regangan sebelum melakukan aktiviti yang mencabar.
       Program tersebut berlanjutan dari pagi sampai ke petang dan semestinya banyak pengisian yang mereka dapat semasa berada disitu. Menurut salah seorang peserta iaitu Atikah, “saya sangat teruja bila sampai di pantai Port Dickson ini kerana pantainya sangat cantik dengan pemandangannya yang indah di samping dapat melakukan aktiviti bersama kawan-kawan saya disini”,jelasnya.
          Pada sebelah petangnya pula, mereka melakukan aktiviti bebas seperti mandi-manda, jalan-jalan di tepi pantai serta menaiki ‘Banana bot’. Menurut Hidayah, peserta program tersebut, “saya seronok sangat apabila dapat menaiki ‘Banana bot’ kerana ini adalah pengalaman pertama saya menaiki bot yang panjang ini walaupun pada akhirnya terpaksa dijatuhkan ke dalam air, nasib baik ada jaket keselamatan” katanya.
       Menurut Miza pula, dia sangat seronok dapat bermain bola pantai walaupun dalam cuaca yang panas terik. “seronok dapat main bola pantai dengan kawan-kawan, airnya pun tidak dalam sangat, walaupun cuaca panas terik tapi kami tetap teruskan bermain sampai kami betul-betul puas hati”. Katanya sambil tertawa. 

Terokai Keindahan Cameron Highland




Pahang-“sejuknya”. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan oleh pelajar-pelajar USIM apabila tiba di Cameron Highland. Suasananya yang selesa dengan  udara yang nyaman serta dingin pastinya dapat menarik sesiapa sahaja  untuk berkunjung ke situ.
Kunjungan pelajar USIM  ke Cameron Highland yang dianjurkan oleh pelajar tahun dua Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM) pada 9 dan 10 mei lepas bertujuan untuk membawa pelajar mengenali tempat-tempat menarik yang ada disana disamping menghilangkan tekanan semasa belajar.
Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi mereka ialah beefarm, Ladang Teh Boh, Big Red Strawberry Farm serta Pasar Malam Cameron. Kunjungan selama dua hari satu malam itu banyak memberi manfaat serta kenangan buat mereka.
Menurut salah seorang pelajar tahun empat perakaunan yang dikenali sebagai ikram, dia sangat teruja apabila sampai di Cameron highland kerana keindahan alam yang ada disana. “saya seronok sangat apabila sampai disini kerana udaranya yang nyaman serta dingin, saya juga tidak lupa untuk membawa kakak dan abang saya berkunjung ke sini untuk bersiar-siar serta menikmati keindahan yang ada bersama”. Tambahnya, “tempat peranginan sebegini lagi menyeronokkan apabila dapat dinikmati bersama keluarga kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan disamping melakukan aktiviti riadah bersama-sama” katanya.

Namun berbeza pula bagi Munirah, pelajar tahun dua perkaunan, dia tidak merasakan kedinginan seperti yang dia pernah kunjungi dua tahun lepas ke tempat tersebut kerana banyak perbezaan yang berlaku. “ ini adalah kali kedua saya berkunjung ke sini, banyak perbezaan yang saya lihat seperti banyak tempat yang baru dibuka. Tahap kesejukan juga sudah berubah dan tidak sesejuk seperti mula-mula saya datang yang dulu”.Tambahnya, “mungkin faktor suhu yang agak panas pada masa sekarang yang menyebabkan iklim di tanah tinggi ini berubah” katanya sambil tersenyum. Namun, dia mengatakan masih lagi merasakan keseronokan apabila berada disitu.

Permainan Video Game Terapi untuk Kanak-kanak

Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, banyak permainan yang  telah dikeluarkan oleh pakar-pakar pencipta video game yang mana mereka telah menghasilkan beribu-ribu jenis permainan yang berbeza-beza mengikut trend terkini. Golongan kanak-kanak khususnya sangat gemar bermain video game samaada di televisyen mahupun di hadapan laptop untuk mengisi masa terluang mereka. Tidak hairan juga ada di kalangan remaja sanggup berpusu-pusu ke siber kafe ataupaun pusat-pusat permaianan video. Kebanyakan ibu bapa seringkali memarahi anak-anak mereka jika terlalu menghabiskan masa untuk permainan tersebut kerana mereka tahu banyak kesan negatif yang akan timbul jika dibiarkan berlarutan. Namun,ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa permainan video game mampu menjadi terapi untuk anak-anak mereka.
Menurut kajian yang dilakukan oleh The University of Utah, permainan video game seperti lumba kereta dan sebagainya menjadi terapi kepada penyakit kronik yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti penyakit Parkinson, autisme dan depresi.Dengan bermain permainan tersebut,mereka dapat memperbaiki ketahanan fizikal serta mempunyai daya juang yang tinggi dalam melawan penyakit mereka jika dibandingkan dengan yang tidak bermain game.
Ramai yang mengatakan duduk terlalu lama dihadapan televisyen mampu merosakkan mata. Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa permainan video game juga mampu menjadi terapi untuk mata. Salah seorang pakar psikologi dari Perkembangan Visual Development Lab of Ontario’s McMaster University iaitu Dr.Dephen Maurer mengatakan orang yang menderita akibat katarak dapat meningkatkan penglihatan mereka dengan bermain permainan video game seperti game tembak-tembak, menyelesaikan puzzle serta cari benda tersembunyi kerana permainan tersebut memerlukan banyak perhatian serta ketelitian yang tinggi. Secara tidak langsung, ia dapat membantu menajamkan penglihatan kanak-kanak seawal usia lagi.
 Otak merupakan organ penting kepada manusia. Salah satu terapi untuk otak adalah dengan bermain game kerana ia dapat menghilangkan tekanan. Mungkin kanak-kanak kurang menghadapi tekanan kerana mereka masih lagi muda untuk menghadapi masalah. Namun,apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan menghadapi tekanan ketika belajar atau sebagainya. Kajian menunjukkan,golongan yang menghadapi masalah mental dapat menghindari penyakit tersebut dengan bermain game kerana ia dapat membantu menenangkan fikiran serta meningkatkan daya pemikiran mereka untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
 Permainan video game dapat memberi faedah kepada kanak-kanak. Namun, ibu bapa perlu bijak memilih jenis permainan untuk anak-anak mereka serta menghadkan masa untuk bermain agar anak-anak mereka tidak terus leka sehingga mengabaikan pelajaran dan tidak melakukan aktiviti yang sihat di luar.